Thursday, June 27, 2013

Madu Lebah Kelulut memang Power

Lebah Kelulut yang ayah pelihara sudah
menghasilkan madunya......Alhamdulillah
Selepas 3 bulan banyak cawan madu yg sudah 
boleh dituai hasilnya.....


Sediakan picagari yg disambung dengan 
straw minuman kotak atau Vitagen


Pecahkan sedikit cawa2 madu dan tebuk dengan
pisau.....

masukkan hujung straw...kemudian sedut....

Setiap cawan madu dapatlah banyak nih...
kadar 2 sudu teh...untuk 2 orang minum..
kenapa yang mengada2 nak bela Lebah Kelulut nih...
bukan murah modalnya....setiap 1 kotak benih ni antara
RM450-600 dijual orang....mujur ayah kenal dengan
pembekal terus...kalau melalui agen2 entah berapa
harga entahnya...ada yg kata sampai RM800...
amboii berniaga sungguh tu.....

Inilah sebabnya...khasiat dia memang POWER



Khasiat Madu Lebah Kelulut

Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma aku agak 
ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. 
Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, 
namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, 
Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
 Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies 
Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut. 
Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan
 di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, 
mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai
 keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga.
 Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan
 antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari 
lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. 
Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, 
antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan
 aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.  
Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.

Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah 
penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh 
melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula 
ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi,
 batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan 
dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM 
menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras 
glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout. 

Read more: http://www.blackrosehunter.my/2012/01/khasiat-madu-kelulut.html#ixzz2XPByWu3Z


Sunday, June 16, 2013

Menuai madu kelulut...







Kasturi dan Tuah ......


Kemeriahan ayam itik di penempatan baru



Bukan banyak manapun ayam itik kita..cukuplah kalau sebulan sekali nak merasa ayam kampung atau itik panggang...jangankan nak jual, nak makan sendiri pun jarang2 sekali ....itupun orang nak marah ke...susahlah kan..

Ayah tu saja bela ayam itik ni, sebab sayang tengok sisa makanan semalam terjun dalam tong sampah begitu ajer... bila ada ayam itik tak lah rasa bersalah sangat nak membuang makanan semalam yg tak habis dimakan tu...so rasa bersalah pembaziran tu macam dapat dikurangkan sikit kot...haha...walaupun tetap salah sebab membazir...hehe...