Sebagai mengisi masa lapang ayah mengusahakan ternakan ayam kampung, ayam serama, itik Penelur,itik Muscovy, Ayam Belanda dan Angsa secara kecil-kecilan... Dan terkini kambing kampung dan Pygmy @ African Dwarf.....
Monday, December 21, 2009
HOBI MEMELIHARA TERNAKAN
Hobi ayah memlihara ternakan ayam kampung bermula sejak ayah kecil lagi...katanya sejak umur 9 tahun atuk dah bagi
kepercayaan kepada ayah untuk memberi makan ayam itiknya.
Ketika 15 tahun ayah dah pandai buat reban ayam.
Ayahlah yang mencari pokok keladi bunting dan mencincangnya untuk ayam Kluk-kluk. Selepas spm ayah buat kolam ikan, berbagai jenis ikan ayah bela waktu itu.
Lepas graduate pulak ayah menambah koleksi haiwan ternakannya dengan memelihara pelbagai spesis burung merpati.
Sebab tu ayah nak anak2 ayah semua pandai menternak haiwan, kalau pun bukan untuk diniagakan, untuk makan sendiri dan menjamu keluarga dan rakan.
Ayah tidak banyak mengeluarkan modal untuk membuat reban. Selalunya ayah akan kutip kayu dan zing terbuang tidak kira di mana.
Kini ternakan ayah telah menampakkan hasilnya dan mulai berkembang... dari satu reban...sekarang dah ada tiga reban. Dari memelihara ayam saja kini sudah ada ayam serama, ayam Kluk-kluk, itik Muscovy, itik penelur, angsa dan burung puyuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment