Sunday, March 17, 2013

Projek baru......

Sebenarnya lama dah ayah berangan nak bela Lebah Kelulut nih...
tapi belum berpeluang.... nak bela lebah ni jangan main2....
risau juga mama dibuatnya.... dah la orang marah kita bela ayam
bau busuk lah apa....bela lebah tak bahaya ke......hurmm kita tanya
En Google tengok macamana......jumpa ni: 


Okey kalau macam tu mama pun setuju....daripada kita dok beli
madu lebah Tualang yang macam2 jenama tu....kadang cair semacam,
kadang pekat dan hitam.... kadang rasa macam air gula merah jer...
betul ke ori ke tidak...main beli jer....terutama kalau ada orang
kenalkan kata Ori....beli jerlah.....harga bukan murah.....


Tuan Haji Kadri dan Hajah Rogayah dari Surada yang jual 
set lebah yang dibawa khas dari kampung halamannya 
di Kedah nun....tu dia jauh mai dari Kedah hang kata....
ni diorang baru jer sampai dari Kedah lah tu....terus mai rumah kami
terbaik dan fresh dari ladang......

Ayah tengah mendengar taklimat dan nasihat dari 
Tuan Haji Kadri macamana nak memelihara lebah ni....
Rupanya lebah ni kalau dah dok sini jangan ubah2 tempat dia
nanti dia tak jumpa sarang dia semula...tu pasal dari Kedah
terus hantar rumah pelanggan yg oder...senang jer letak
bawah pokok yang rendang...pokok Belimbing ni elok sangat
tengah berbunga pulak tu...lebah memang akan cari madu bunga

 Soalan pertama mama mestilah lebah ni tak gigit ke....
ehh memang lah lebah menggigit...tak lama lepas tu mama kena gigit
bila peti rumah lebah ni dibuka...ha amek kau...gatal mulut...
baru nak merasa macamana kesakitan kena gigit lebah....
kaki mama pulak yang gatal dan sakit...rupanya kena gigit
semut merah yang bersarang kat tanh...cehhh dah lah tak
perasan macamana rasa sakit kena gigit lebah kat tangan...
takde kesan pun....kena gigit nyamuk lagi sakit dan gatal
seminggu kadang kegatalannya tak hilang....Tn Hj Kadri kata
dia jenuh dah kena gigit tak de apa lah.....
Inilah rupa dalam peti sarang lebah tu...beratus ekor
dalam satu peti ni buat sarang  dan menghasilkan madu...
selepas 3 bulan baru boleh sedut madu dia....sabar jer lah....
memandangkan khasiatnya yang sangat baik tu......
musuh utama lebah ni cicak, burung layang2 dan katak...
sebab depa ni suka makan serangga....so kena pastikan
menatang 3 spesis ni dok jauh2....kerengga pun bahaya juga..
lagi satu asap yang berpanjangan berkepul kat sekitarnya....
nanti dia pindah tempat lain...jangan dok bakar sampah dekat2...

Antara khasiatnya yang mama jumpa dari blog ........

  1. Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  2. “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengankhasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  3. Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  4.  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
  5. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.








4 comments:

Akmalhazwan said...

salam..

macam best je bela lebah..
mahal ke set mula untuk bela lebah ni?

ZaHusNa Collections said...

Kalau nak tahu harganya call saya 019-3878399. Tak leh bagi tahu kat sini, sebab nanti pengedar2 sarang lebah kelulut ni marah kat saya... Sarang lebah ni diimport dari Kedah. Kalau nak kena order dulu...dan mungkin kena tunggu 3-4 minggu. Saya tak boleh nak komen lagi sebab baru nak start bela, start dgn 3 sarang dulu. Kalau ok, kita tambah lagi...

ZaHusNa Collections said...
This comment has been removed by the author.
arthassan said...

nak beli lebah.. leh x..