Lebah Kelulut yang ayah pelihara sudah
menghasilkan madunya......Alhamdulillah
Selepas 3 bulan banyak cawan madu yg sudah
boleh dituai hasilnya.....
Sediakan picagari yg disambung dengan
straw minuman kotak atau Vitagen
Pecahkan sedikit cawa2 madu dan tebuk dengan
pisau.....
masukkan hujung straw...kemudian sedut....
Setiap cawan madu dapatlah banyak nih...
kadar 2 sudu teh...untuk 2 orang minum..
kenapa yang mengada2 nak bela Lebah Kelulut nih...
bukan murah modalnya....setiap 1 kotak benih ni antara
RM450-600 dijual orang....mujur ayah kenal dengan
pembekal terus...kalau melalui agen2 entah berapa
harga entahnya...ada yg kata sampai RM800...
amboii berniaga sungguh tu.....
Inilah sebabnya...khasiat dia memang POWER
kenapa yang mengada2 nak bela Lebah Kelulut nih...
bukan murah modalnya....setiap 1 kotak benih ni antara
RM450-600 dijual orang....mujur ayah kenal dengan
pembekal terus...kalau melalui agen2 entah berapa
harga entahnya...ada yg kata sampai RM800...
amboii berniaga sungguh tu.....
Inilah sebabnya...khasiat dia memang POWER
Khasiat Madu Lebah Kelulut
Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma aku agak
ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini.
Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga,
namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah,
Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies
Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut.
Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan
di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku,
mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai
keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga.
Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan
antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari
lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.
Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus,
antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan
aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.
Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah
penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh
melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula
ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi,
batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan
dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM
menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras
glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.
Read more: http://www.blackrosehunter.my/2012/01/khasiat-madu-kelulut.html#ixzz2XPByWu3Z
Read more: http://www.blackrosehunter.my/2012/01/khasiat-madu-kelulut.html#ixzz2XPByWu3Z
No comments:
Post a Comment