Thursday, March 6, 2014

HUBUNGAN TERLARANG - LAIN YANG DIRANCANG, LAIN YANG DATANG!

Rabu, 5 Mac 2014...Belum reda kegembiraan menerima anak jantan Serama Malaya, Hang Lekir; hari ini muncul pula ahli baharu dalam keluarga Serama Malaya di kandang kami. Si Mimi melahirkan anak kembar 2. Lahirnya disedari awal petang, ketika abang membawa dua orang teman se PALAPESnya melawat kandang...tapi membawa kejutan dan menjadi berita kecewa bercampur gembira. Gembira sebab dapat anak serama kembar lagi, menjadikan anak kambing serama di kandang kami kini berjumlah 10 ekor kesemuanya! Kecewa sebab...kami mengharapkan pure serama..tapi lainlah pulak jadinya! Apa taknya, cuba lihat betul2 gambar di bawah ni...

Haa... perasan tak. Maknya hitam...bapak serama yang ada (siTuah) warna kelabu+hitam...camana pulak anak boleh jadi putih coklat pattern Boer!! Hahh sudah... ini mesti kerja si KASTURI (bapak Boer).. menjalinkan hubungan terlarang dengan si MIMI.  Kasturi! Kasturi... ganazz nyer kau. Si Mimi yang dalam petak lain, jauh lak tu..boleh kau panjat!


Si Mimi dengan anak kembarnya..baru beberapa jam selepas kelahiran...Dua-dua jantan, yang sekor lagi tu masih sangat lemah..Yang sekor tu dah pandai menghisap susu ibunya.


Tapikan...comel jugak kan!! Bukan senang nak produce baka baru, kalau tak bereksperimen bersungguh-sungguh. Yang ini tak payah eksperimen2, tiba-tiba terus jadik! Serama + Boer = "SeraBoer"...Aishh.. pelik pulalah bunyinyer.. Ke nak diperkenalkan sebagai kambing Mini Boer? Ok kot.."Mini Boer Malaya"..haha...


Cuba jom kita tengok dekat-dekat sikit..Apa bezanya dengan kambing serama Malaya pure. Yang nampak jelas, pattern dan colournya, sebijik macam kambing Boer. Dan yang pasti, saiznya kecil, mini..berat kelahiran dianggarkan 1.1-1.2kg. Cuma telinganya agak panjang dan terkulai ke bawah...ini juga ciri kambing Boer.



Aleh, lel..lehhh..Comelnya kau. Memang susah & barang "rare" ni!




Body built up memang nampak masculine, tegap dan mantap. Gandingan terbaik Boer & Serama. Baru lahir dah nampak tegap & gagah badannya. Cuba tengok kaki dan dadanya. Perghh..hebat nih. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti.

Apa pulaklah nama yang sesuai untuk 2 budak jantan ni?? Memandangkan isu kangkung tengah hangat sekarang ni, dan semua orang dok pulun makan kangkung sebab harga kangkung turun..(iye ke turun?).. maka dengan ini diisytiharkan anak-anak jantan ini dinamakan "Hang Kangkung" dan "Hang Pulun". Yang mana satu Pulun yang mana satu Kangkung, aku pun tak tahu..sebab belum dapat bezakan dengan jelas, maklumjer lah kembar seiras.


Kasturi: "Heheee...sorry boss, tak sengaja! Tak leh tahan lah boss, si Mimi tu comel menggoda!"

KAMBING SERAMA BERANAK LAGI.....

Isnin 3Mac 2014, Kambing Serama Malaya beranak lagi. Anaknya yang kali ini memang yang ditunggu-tunggu, jantan berwarna coklat + hitam. Sungguh comel..sungguh lawa..Ramai yang dah tertarik dan yang bertanya..tapi yang ini memang tak boleh lepas punya..Huhu...

 Sayangnya si ibu dgn anaknya.


"Ibu... kenapa warna badan saya lain dpd warna ibu'?
"Kau tu ngikut warna bapak (si Tuah) kau nak... Arwah bapak sedara kau dulu pun (si Choki) pun sebijik macam warna kau. Tapi kau lebih hensem sebab ada topok putih sket kat kepala." Agaknya gitulah dialog dua beranak ni... hehe.


Cuba angkat muka sket nak tengok...alahaaii, malu2 lah pulak. Anak jantan mana boleh camtu...



Agak-agak nak bagi nama apa budak jantan sekor ni.. Hang Lekir boleh lah kot...??








Thursday, February 6, 2014

Kursus Keusahawanan ternakan di Akademi Usahawan MJ Fatonah


TAJAAN KURSUS USAHAWAN TERNAKAN LEMBU, KAMBING, AYAM KAMPUNG, ITIK & PUYUH.


Peluang mengikuti Kursus Usahawan Ternakan TAJAAN (PERCUMA) di bawah program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS).
Syarat penyertaan:
i. Kelahiran Selangor atau Ibu/bapa kelahiran Selangor atau telah bermastautin di neger Selangor >5tahun
ii. Menganggur / tidak bekerja tetap
iii. Keutamaan diberi kpd pemohon yang telah menjalankan projek ternakan di Negeri Selangor

Tempoh kursus: 6hari
Tarikh Kursus: 27hb Jan - 01hb Feb 2014
Pakej Kursus: Makan minum, penginapan, latihan teori / amali, Uniform, beg kursus, nota kursus & sijil
Tempat Kursus: Akademi Usahawan MJ Fatonah, Kuala Selangor
(Sila layari www.mjfatonah.blogspot.com)
Tempat terhad kepada 25orang shj (tinggal 15kekosongan sahaja)



Cepat!!! Rebut peluang ini.
Hubungi: Fatonah 012-3343800 untuk pendaftaran



Haa... inilah bunyi iklannya...ayah pun cadangkan pada
Asyraf untuk ikuti kursus ni....berangkatlah dia pada
tengahari Isnin tu dgn cik Myvi merah

Ucapan aluan dah bagus tapi tang ayat 
"Kg Teluk Penyamun" tu macam tak sedap hati jer bunyinya
boleh percaya ke tempat nih....jom siasat....

Bila sampai kandang kambing...tengok meriahnya
lupa dah ayat penyamun tu....memang mengagumkan

Bukan ada kambing dan lembu jer....ayam itik pun ada
ini incubator, alat penetas telur

antara aktiviti kursus yang diberi....
latihan praktikal dan teori .....

Selepas tamat kursus dan pentauliahan....
semoga Asyraf dan semua yang  hadir kursus ini berjaya
menjadi Usahawan berjaya....ameennn

Tuesday, February 4, 2014

SI KOKO BERANAK KEMBAR

Hari ini 4 Feb 2014, bersamaan dgn Birthday Mama yang ke...(ehemmm) si Koko melahirkan anak kembar. Kedua-duanya jantan..sama saiz, tapi lupa lah pulak nak timbang beratnya tadi. Tapi rasa2nya tak kurang 2.8kg sekor. Alhamdulillah anak-anaknya nampak sihat dan pandai menyusu sendiri. Anak-anaknya nampak macam mewarisi darah bapanya, badan warna putih dan kepalanya warna coklat. Bapanya si Kasturi - baka Boer yang berasal dari Tabuh Naning Melaka, kandang Cikgu Halim. Cikgu Halim tentu gembira kalau tengok gambar ni.


Nilah si KOKO, dibeli dari Hj Rosli Sg Ramal Dalam bulan Julai 2013 yg lalu. Waktu dia datang dulu si Koko baru beberapa minggu lahirkan anak, kembar dua juga. Tapi sayangnya sekor anaknya dulu tu mati kerana stress bila diasingkan dari ibunya walaupun dah berusia lebih 2 bulan. Nak bagi nama apa anak-anaknya ni yer? Dua-dua jantan...


Cer tengok dekat2 sket..mana ke ropernyer..Alahaii comelnya...


Hari ini jugak, ayah rasa sangat bertuah sebab Opah sudi datang melawat ke kandang. Opah memang dah ada kat sini dah lebih 2 minggu dah. Atuk pun ada kat rumah. Tapi atuk sangat uzur..dan tak larat nak datang. Opah pun tadi datang sebab sanggup ikut ayah naik Hilux dari rumah sampai ke tangga reban. Bertongkat2 dan berpapah-papah jugaklah opah dengan penuh semangatnya nak tengok hasil penat lelah ayah & abang & Aiman yang menternak kambing. Sebelum ni opah  hanya mendengar cerita dari mulut anak cucunya sahaja. Tapi kali ni..akhirnya opah dapat tengok dan lihat dgn mata kepalanya sendiri.Ni haa..gambar opah cuba bagi kambing makan pucuk ubi...seronoknya dia..haha..



Banyak lagi nak cerita ni.sebab mama memang dah lama sangat tak update blog ni....tapi ayah tak boleh tulis panjang2 sebab ayah banyak kerja lain nak buat nih...huhu..Tapi sebagai rekod/rujukan di masa akan datang, perlu dicatat bahawa abang pagi tadi mengasing2kan anak-anak kambing yang dah mencecah 2 bulan keatas daripada ibunya masing2. Ni haa gambarnya.. 3 ekor anak-anak jantan. Tapi yang geramnya tu, si tompok coklat ni (ibunya tag no 9) asyik nak melalak jer...protes tak mahu dipisahkan dari ibunya. Yang lain ok jer..Dia sekor ni boleh melalak dari pagi tadi sampai malam ni haa.. baru sekejap ni tadi baru berhenti melalaknya..Agaknya dah penat & tidorlah tu.. dah pukul 10.00mlm dah pun ni.




 Sekian, catatan dpd ayah for the first time..untuk blog UNGGAS KOTA..menggantikan mama yg dah tak update blog ni but beberapa bulan hingga penuh bersawang. Mama sibuk dgn blog baju & tudung labuhnya - Zahusna Collection. (10.07pm, 4/2/2014).

Thursday, January 30, 2014

HADIAH TAHUN BARU CHINA 2014 (30 Jan)

30 Jan 2014, Khamis..petang. Macam biasa ayah bagi makan kambing. Aiman tengah cuti semester, so petang2 dia jugak tolong bantu ayah bagi makan kambing. Hari ni agak kelam kabut sikit sebab orang kuatnya, Abang, pergi kursus Usahawan Ternakan Kambing di Akademi Usahawan MJ Fatonah. Lusa (Sabtu  1 Feb) baru abang balik.

Tengah kelam kabut dan riuh rendah melayan kambing2 yang lapar, terdengar bunyi baby kambing. Tengok2 rupanya si KIKI, kambing serama kami dah beranak, Masih basah lagi bulu anaknya. Hitam, jantan. Nampak masih sangat lemah. Ayah cepat2 asingkan KIKI dengan anaknya yang hitam.. Hari dah semakin gelap..azan maghrib pun dah berkumandang. Jadi kerja2 pengasingan kambing2 serama yang sebelumnya bercampur kesemua induknya dibuat lebih kurang aje. Teringat pulak ada lantai yang dah patah sebatang. Cari papan pelet..tutupkan aje. Cari kain buruk, buat lapik anak si Kiki. Di suatu petak yang lain pulak kambing tag No. 8 pun beranak juga. Seekor, jantan 3.2 kg. Badan putih, kepala coklat cair. Nampaknya tumpah jugak kuah si Kasturi ke nasinya..hehe..Memang kelam kabut dibuatnya. So, pastikan anak-anak dan ibu-ibunya ni nampak selamat dan selesa, ayah pun balik.

Ni haaa... si KIKI dengan anaknya yang jantan, hitam.



Anaknya masih lemah lagi...si Kiki menunjukkan sikap keibuan yang sungguh bertanggungjawab. Menjilat2 anaknya sampai kering. Tapi anaknya masih lemah, nak bangun pun susah.


Yang ni pulak kambing kampung, No. 8. dengan anak jantan 3.2 kg.


Anak kambing ni tak ada masalah. Alhamdulillah. Lepas jer bersalin, terus pandai menghisap susu ibunya. So senangla kerja.


Lepas solat Isya; di surau..Ayah rasa macam tak berapa sedap hati, takut2 anak si Kiki kambing serama tadi masih belum dapat susu ibunya. Susu awal ibu (kolustrum) sangat penting untuk survival anak dan mesti dipastikan setiap anak kambing dapat susu awal ibunya dalam masa 48jam selepas dilahirkan. So, ayah ajak Arsyad temankan ke reban. Sekurang2nya boleh tolong pegangkan ibunya dan ayah suapkan mulut anaknya ke tetek ibunya.

Alhamdulillah..tak banyak masalah masa ajarkan anak si Kiki menyusu. Si Kiki pun nampak macam beri kerjasama baik. So puaslah jugak anaknya yg hitam ni menyusu. Sambil mengemas-ngemas apa yang patut di atas kandang, Si Arsyad turun, menghidupkan semula unggun api yang dibuatnya petang tadi dah nak padam.

Ayah dah bersiap-siap nak turun, ajak Arsyad balik. Arsyad pun start moto..Tiba-tiba Arsyad menjert! "Ayahhh..apa tu? Hee..anak anjing ke?"...Haa? Mana? Ayah pun terkejut jugak. "Ni haa.. kat bawah reban ni..kat bawah tangga!"... tersuluh dek lampu motor.  Ayah pun meluru ke bawah..suluh lak dengan torchlight!. Ehh! anak kambing la... anak kambing serama!! Jawab ayah. Anak kambing tu masih lemah dan berwarna coklat kemerahan. Cantiknya..! Tapi anak siapa ni? Camana pulak boleh ada kat bawah reban?

Ayah cepat2 ambik anak kambing tadi, bawak ke atas. Terus ke petak induk2 serama yang lagi 3 ekor tu. Cek bontot masing2, kot2 ada tanda-tanda mereka baru beranak, sebab semuanya memang tengah bunting pun. Tapi semuanya nampak normal jer. So, terlintas di kepala, ini mesti anak si Kiki. Maknanya Kiki beranak kembar! Bukannya sekor yang hitam tu saja. Ayah pun letakkan anak kambing coklat tadi kat depan Kiki..dia pun terus jilat dengan penuh mesra sambil membebel..agaknya dia tanya.."mana kau pergi tadi, puas ibu cari"...

So..ringkas cerita, sahlah si Kiki beranak kembar. Satu hutam (jantan), satu lagi coklat merah (betina). Yang coklat terjatuh ke bawah melalui lantai yang berlubang sebelum ni. Dalam kelam kabut beri makan kambing dan mengejar waktu maghrib, tak perasan ada anaknya sekor dah jatuh ke tanah. Mujurlah Ayah dengan Arsyad datang ke kandang malam tu. Malam Tahun Baru China 2014... Memang nak rezeki, digerakkan hati oleh Allah untuk turun ke kandang malam2. Kalau tidak...alamat matilah anak kambing tu, samada kesejukan, kelaparan, atau dihurung semut, atau dimakan ular sawa/tikus! Syukur Alhamdulillah...inilah hadiah paling bermakna buat kami sempena cuti CNY tahun ini.


Ini lah rupanya anak kembar si Kiki. Sekor hitam, sekor coklat! Masing-masing berat 1.1kg. Comelnyaaa...

 Gambar ni diambil keesokan harinya, sebab semalam lupa lak nak bawak kamera. Alhamdulillah, kedua-dua anak kambing pygmy/serama ni makin aktif dan dah pandai menyusu sendiri.


Si Kiki dengan penuh bangga posing bersama anak pertamanya, kembar 2.



Amboi-amboiii..tangkap lentok kau ye kena jilat dengan ibu.


 Sebelum balik meninggalkan reban...macam biasa...Arsyad pun mulalah keluar ayat2 "pencair hati" dia.."So..ayah, kena celebrate ni malam ni!". Celebrate apa pulak? Saja ayah nak menguji.."Hai dah dapat anak kambing pygmy kembar, dapat selamatkan sekor lagi pulak tu, kena la celebrate". Paling tidak pun..kenalah singgah 7E...cari Slurpee...dahagalah..dah berpeluh2 dah ni....!