Hari ini 4 Feb 2014, bersamaan dgn Birthday Mama yang ke...(ehemmm) si Koko melahirkan anak kembar. Kedua-duanya jantan..sama saiz, tapi lupa lah pulak nak timbang beratnya tadi. Tapi rasa2nya tak kurang 2.8kg sekor. Alhamdulillah anak-anaknya nampak sihat dan pandai menyusu sendiri. Anak-anaknya nampak macam mewarisi darah bapanya, badan warna putih dan kepalanya warna coklat. Bapanya si Kasturi - baka Boer yang berasal dari Tabuh Naning Melaka, kandang Cikgu Halim. Cikgu Halim tentu gembira kalau tengok gambar ni.
Nilah si KOKO, dibeli dari Hj Rosli Sg Ramal Dalam bulan Julai 2013 yg lalu. Waktu dia datang dulu si Koko baru beberapa minggu lahirkan anak, kembar dua juga. Tapi sayangnya sekor anaknya dulu tu mati kerana stress bila diasingkan dari ibunya walaupun dah berusia lebih 2 bulan. Nak bagi nama apa anak-anaknya ni yer? Dua-dua jantan...
Cer tengok dekat2 sket..mana ke ropernyer..Alahaii comelnya...
Banyak lagi nak cerita ni.sebab mama memang dah lama sangat tak update blog ni....tapi ayah tak boleh tulis panjang2 sebab ayah banyak kerja lain nak buat nih...huhu..Tapi sebagai rekod/rujukan di masa akan datang, perlu dicatat bahawa abang pagi tadi mengasing2kan anak-anak kambing yang dah mencecah 2 bulan keatas daripada ibunya masing2. Ni haa gambarnya.. 3 ekor anak-anak jantan. Tapi yang geramnya tu, si tompok coklat ni (ibunya tag no 9) asyik nak melalak jer...protes tak mahu dipisahkan dari ibunya. Yang lain ok jer..Dia sekor ni boleh melalak dari pagi tadi sampai malam ni haa.. baru sekejap ni tadi baru berhenti melalaknya..Agaknya dah penat & tidorlah tu.. dah pukul 10.00mlm dah pun ni.
No comments:
Post a Comment