Kambing2 ni suka makan dedak... sebagai supplemen...
selain dari rumput napier, pucuk gajus, pucuk ubi, daun senduduk,
pucuk daun mengkudu, pucuk daun petai belalang, rumput biasa...
dan macam2 daun lagilah....
Pucuk ubi pun diorang suka...ada yg kata pucuk ubi ni boleh
menyebabkan kambing kembung,.. so far Alhamdulillah...
diorang okey jer...harap2 tak betul lah pernyataan tu kan....sebab
dalam kebun ayah ni banyak jer pucuk ubi.... tapi kena make sure
kat bawah daun tu takde parasit warna putih tu...yg macam rama2
halus putih berterbangan...lama2 daun ubi jadi hitam...
bimbang parasit tu masuk dalam perut nanti kena jangkitan pulak...
ya lah...tak tau betul ke tak...sebagai langkah berjaga2.....
Mencari dedak di celahan pucuk ubi....dedak ni tak boleh bagi banyak sangat
nanti dah kenyang tak nak makan rumput pulak....ada yg kata
dedak ni boleh sebabkan senak perut kalau terlebih dose....
lagipun harganya mahal tu....dapat bagi sehari 2 kali kadar secawan
seekor dah cukup kot....
Nampak sangat dah laparnya tu...tekun sungguh makannya...
tak boleh jadi macam ni... asyik kita jer menyediakan makanan untuk dia...
hari ni kena belajar turun ke padang meragut rumput sendiri....
kena belajar meragut pucuk ubi sendiri...mengecam rumput yg
boleh dimakan dan tak boleh dimakan....
Pintu untuk kambing2 ni keluar makan rumput.....
kat dalam kawasan belah sini dah takde rumput yg boleh diragut
sebab habis diragut ayam kampung dan ayam kluk2....
yg ada pokok limau kasturi, limau nipis dan pucuk ubi yg dah tinggi
Punyalah susah nak mengajar dia turun tangga....
Alhamdulillah hari ni berjaya menurunkan Kasturi turun
meragut rumput.... first time turun dia cuma mencium jer....
jumpa semua jenis pokok diciumnya dulu.....
Dah 2 minggu berkurung dalam reban...sejak semalam ayah
ajar diorang turun meragut...tapi semua tak nak turun....
kat area ni banyak rumput yang tumbuh subur....
Tengok tu teruk betul nak suruh diorang turun....
tak mahunya diumpan makanan ke apa....
First time turun kenalah perhatikan takut sesat larat
pulak diorang nanti.... jadi gembala memang kena ikut
belakang kambing....
Tadi nak turun bukan main susahnya... bila dah dapat berjalan
kat atas rumput seronok pulak ya.... melompat ke sana
ke mari.... meragut rumput dengan berseleranya....
No comments:
Post a Comment