Setiap pagi bila kami buka pintu dapur yang menghadap ke reban kambing
kambing2 tu akan menyapa dengan mengembek....
amboiii macam tau-tau jer ya tuan dia dah bangun boleh lah minta makan
Bila pukul 10 lebih cuaca baik dan cerah....kambing2 ni seolah2 meminta
untk dilepaskan....bukan nak makan sangatpun bila dilepaskan
suka berlari bebas riang ria berlumba ke sana kemari....
kejap berlari ke kandang...kejap keluar semula....macam budak2
bila dapat bermain di luar rumah kan ke suka berlari2 ke sana sini...
seronok tengok kelaku diorang nih....
Cehhh.... buat projek pulak dia kat depan gate.....pi lah menyorok balik
semak sana nun ke....kurang sopan sungguh anak dara nih...
No comments:
Post a Comment