Thursday, January 14, 2010

Monday, January 11, 2010

ULAR TEDUNG MASUK REBAN






Dah banyak kali juga ular berbisa ni masuk ke reban... pernah sekali tu anak ular tedung ni mati terjerut sebab tersangkut kat pagar...ada sekali tu mama terserempak ular ni panjang dalam 4 kakai menyusur masuk semak...lintang pukang gak mama dibuatnya..kalau lalu depan ayah emmm tak panjang umurlah kau ularrr....

Pernah sekali tu, dengan bangganya Asyraf pegang kepala ular tedung yg ditangkapnya ala Austin Steven, yg kat Animal Planet tu lahh...tunjuk kat ayah dia...Ayah tengok ni abang tangkap...Ayahnya menjerit...wooiii ular bisa tu, kalau patuk boleh masuk sepital tuhhhh...si anak yg memang suka tangkap binatang ni terpaksalah campak ular tu, apa lagi ayah dia pun duzzz dasshhh kat ular tu sampai maut... ...mengarut betul anak aku nihhh, ta tau nak beza ular bisa ke ular tak berbisa....hehe dia ingat anak sawa....... dia sendiri tak pasti ular tu berbisa....

Tapi kali ni depan mata ayah sendiri yg kebetulan waktu tu tengah nak masuk ke reban sambil bawa kamera, sbb nak ambil gambar anak angsa...terserempak sekor ular tedung sedang menelan mak ke bapak tikus...errghh... lepas dia telan habis tikus tu apa lagi....duss dasss..serba salah juga tidak dibunuh karang dia menelan anak ayam atau kita pulak disemburnya...

Monday, January 4, 2010

PROJEK TERNAK ITIK TELUR

Ni kacukan itik Telur biasanya coklat @ hitam ngan Muscovy putih bersih....badan ikut Muscovy, paruh dan kaki ikut itik telur

Perbandingan Itik telur berparuh kuning berkaki oren, itik Muscovy berparuh pink berkaki kekuningan, dan ada puru merah kat muka...ergh...Lagi satu itik telur bising banyak terutama kalau lapar... , Muscovy senyap jer...gentlemen la kiranya...


Ini kumpulan pertama itik telur yang kami pelihara...kaler hitam dan coklat...tu yg bila bercampur ngan Muscovy putih jadi cam kat atas tu...


Petikan dari Melayu niaga.com :

PEMILIHAN BAKA

Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

- mempunyai daya hidup yang tinggi

- bebas dari kecacatan

- penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)

- menghasilkan telur yang berkualiti

- berat antara 65 - 75 gm sebiji

- kulit telur adalah keras

- warna kuning telur kemerah-merahan

- saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg

- ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas

Dalam aspek pemakanan, penggunaan dedak hanya 30% sahaja sehari diberi sebelah petang. Ini adalah perlu bagi menstabilkan sistem pemakanan dan kesihatan itik.

70% makanan lain adalah terdiri dari bahan kompos dan buangan seperti hampas (serat, lemak dan vitamin) soya, kelapa, kulit telur(kalsium dan mineral), tahi cacing (serat dan mineral), black soldier larve(45% protein), BioEM (antibiotik untuk pencernaan sistem penghadaman) dan kompos dari buahan dan sayuran.

Semua perkara diatas adalah percuma dengan syarat rajin berusaha untuk mengumpul bahan tersebut. Ada sukatan tertentu dan jika diberi berlebihan, itik tidak bertelur seperti juga manusia bila kenyang atau terlampau banyak makanan berkhasiat, ia adakan mendatangkan penyakin kepada kita.

Dalam setahun itik akan rehat bertelur selama 2 bulan dan bulu akan meluruh sebagai tanda persiapan bertelur akan datang.

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

Pengurusan Itik Semasa Bertelur

Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-

- Beri makanan jenis Layer Pellet disebelah petang. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.

- Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.

- Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.

- Lain-lain makanan tambahan seperti diatas diberi sebelah pagi

- Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)

- Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik) dikandangnya

- Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata

- Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan

- Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

Pasaran telur itik mentah harga ladang adalah RM0.60 sen sebiji dan harga pasar RM0.70 bergantung kepada kawasan dan negeri. Jika telur masin, pasaran sentiasa ada, harga runcit borong RM80.00 seratus biji dan kalau kat kedai makan RM1 sebiji.

Pengalaman saya, itik memang tak sempat bertelur dan ditempah beribu-ribu biji dan jika telur mentah tidak terjual, jangan risau, belajar buat telur masin. Telur masin yang dibuat dengan sekam bakar lebih lembut dan enak manakala yang air juga enak tapi perlu buang air bila cukup masa sebab akan jadi terlampau masin dan cepat rosak.

Kepada yang nak ternak itik, saya memang galakkan tapi itik akan bercuti bertelur pada bulan tengkujuh bermula oktober hingga disember. Kalau bertelur pun hanya 10% sahaja. Itik tua adalah pada usia 12 bulan dan pada masa ini, kita perlu mengasingkannya kerana tidak produktif, orang tua kata mengabihkan boreh je. Itik tua ini kami akan jual kepada pembeli yang inginkan daging itik. Sumber kedua untuk menampung kos ladang seharian. Makanan kalau boleh buat dari makanan kompos iaitu menggunkan Efective Microb ke atas sayuran dan buah yang rosak. Ia akan memberi vitamin dan mineral asli serta tenaga dan kalsium yang banyak. Selain dari itu, ia membekal antibodi kepada ternakan supaya tidak mudah terkena penyakit. sekadar berkongsi.


Sekam padi mempunyai unsur silika yang digunakan untuk menyerap gandungan galian seperti garam dan mineral yang ada pada tanah liat. Ini akan memberi zat miniral asli kepada isi telur dan dapat mengekalkan kemasinan dan kelazatan isi kuning telur. Oleh itu, tanah liat dan sekam bakar adalah bahan utama sebagai perisa dan menstabil kemasinan kepada isi telur.