Thursday, January 30, 2014

HADIAH TAHUN BARU CHINA 2014 (30 Jan)

30 Jan 2014, Khamis..petang. Macam biasa ayah bagi makan kambing. Aiman tengah cuti semester, so petang2 dia jugak tolong bantu ayah bagi makan kambing. Hari ni agak kelam kabut sikit sebab orang kuatnya, Abang, pergi kursus Usahawan Ternakan Kambing di Akademi Usahawan MJ Fatonah. Lusa (Sabtu  1 Feb) baru abang balik.

Tengah kelam kabut dan riuh rendah melayan kambing2 yang lapar, terdengar bunyi baby kambing. Tengok2 rupanya si KIKI, kambing serama kami dah beranak, Masih basah lagi bulu anaknya. Hitam, jantan. Nampak masih sangat lemah. Ayah cepat2 asingkan KIKI dengan anaknya yang hitam.. Hari dah semakin gelap..azan maghrib pun dah berkumandang. Jadi kerja2 pengasingan kambing2 serama yang sebelumnya bercampur kesemua induknya dibuat lebih kurang aje. Teringat pulak ada lantai yang dah patah sebatang. Cari papan pelet..tutupkan aje. Cari kain buruk, buat lapik anak si Kiki. Di suatu petak yang lain pulak kambing tag No. 8 pun beranak juga. Seekor, jantan 3.2 kg. Badan putih, kepala coklat cair. Nampaknya tumpah jugak kuah si Kasturi ke nasinya..hehe..Memang kelam kabut dibuatnya. So, pastikan anak-anak dan ibu-ibunya ni nampak selamat dan selesa, ayah pun balik.

Ni haaa... si KIKI dengan anaknya yang jantan, hitam.



Anaknya masih lemah lagi...si Kiki menunjukkan sikap keibuan yang sungguh bertanggungjawab. Menjilat2 anaknya sampai kering. Tapi anaknya masih lemah, nak bangun pun susah.


Yang ni pulak kambing kampung, No. 8. dengan anak jantan 3.2 kg.


Anak kambing ni tak ada masalah. Alhamdulillah. Lepas jer bersalin, terus pandai menghisap susu ibunya. So senangla kerja.


Lepas solat Isya; di surau..Ayah rasa macam tak berapa sedap hati, takut2 anak si Kiki kambing serama tadi masih belum dapat susu ibunya. Susu awal ibu (kolustrum) sangat penting untuk survival anak dan mesti dipastikan setiap anak kambing dapat susu awal ibunya dalam masa 48jam selepas dilahirkan. So, ayah ajak Arsyad temankan ke reban. Sekurang2nya boleh tolong pegangkan ibunya dan ayah suapkan mulut anaknya ke tetek ibunya.

Alhamdulillah..tak banyak masalah masa ajarkan anak si Kiki menyusu. Si Kiki pun nampak macam beri kerjasama baik. So puaslah jugak anaknya yg hitam ni menyusu. Sambil mengemas-ngemas apa yang patut di atas kandang, Si Arsyad turun, menghidupkan semula unggun api yang dibuatnya petang tadi dah nak padam.

Ayah dah bersiap-siap nak turun, ajak Arsyad balik. Arsyad pun start moto..Tiba-tiba Arsyad menjert! "Ayahhh..apa tu? Hee..anak anjing ke?"...Haa? Mana? Ayah pun terkejut jugak. "Ni haa.. kat bawah reban ni..kat bawah tangga!"... tersuluh dek lampu motor.  Ayah pun meluru ke bawah..suluh lak dengan torchlight!. Ehh! anak kambing la... anak kambing serama!! Jawab ayah. Anak kambing tu masih lemah dan berwarna coklat kemerahan. Cantiknya..! Tapi anak siapa ni? Camana pulak boleh ada kat bawah reban?

Ayah cepat2 ambik anak kambing tadi, bawak ke atas. Terus ke petak induk2 serama yang lagi 3 ekor tu. Cek bontot masing2, kot2 ada tanda-tanda mereka baru beranak, sebab semuanya memang tengah bunting pun. Tapi semuanya nampak normal jer. So, terlintas di kepala, ini mesti anak si Kiki. Maknanya Kiki beranak kembar! Bukannya sekor yang hitam tu saja. Ayah pun letakkan anak kambing coklat tadi kat depan Kiki..dia pun terus jilat dengan penuh mesra sambil membebel..agaknya dia tanya.."mana kau pergi tadi, puas ibu cari"...

So..ringkas cerita, sahlah si Kiki beranak kembar. Satu hutam (jantan), satu lagi coklat merah (betina). Yang coklat terjatuh ke bawah melalui lantai yang berlubang sebelum ni. Dalam kelam kabut beri makan kambing dan mengejar waktu maghrib, tak perasan ada anaknya sekor dah jatuh ke tanah. Mujurlah Ayah dengan Arsyad datang ke kandang malam tu. Malam Tahun Baru China 2014... Memang nak rezeki, digerakkan hati oleh Allah untuk turun ke kandang malam2. Kalau tidak...alamat matilah anak kambing tu, samada kesejukan, kelaparan, atau dihurung semut, atau dimakan ular sawa/tikus! Syukur Alhamdulillah...inilah hadiah paling bermakna buat kami sempena cuti CNY tahun ini.


Ini lah rupanya anak kembar si Kiki. Sekor hitam, sekor coklat! Masing-masing berat 1.1kg. Comelnyaaa...

 Gambar ni diambil keesokan harinya, sebab semalam lupa lak nak bawak kamera. Alhamdulillah, kedua-dua anak kambing pygmy/serama ni makin aktif dan dah pandai menyusu sendiri.


Si Kiki dengan penuh bangga posing bersama anak pertamanya, kembar 2.



Amboi-amboiii..tangkap lentok kau ye kena jilat dengan ibu.


 Sebelum balik meninggalkan reban...macam biasa...Arsyad pun mulalah keluar ayat2 "pencair hati" dia.."So..ayah, kena celebrate ni malam ni!". Celebrate apa pulak? Saja ayah nak menguji.."Hai dah dapat anak kambing pygmy kembar, dapat selamatkan sekor lagi pulak tu, kena la celebrate". Paling tidak pun..kenalah singgah 7E...cari Slurpee...dahagalah..dah berpeluh2 dah ni....!