Wednesday, December 30, 2009

ANGSA JADI PENGAWAL KEBUN KITA

Yang sedang minum tu angsa Ketih (kacukan kelabu-putih)

Angsa Kelabu dah besar sikit...2-3 bulan lagi nampak dewasa lah...humm

Angsa putih ni memang masih kecil lagi....baru dua bulan usianya...

Nampak berbeza antara angsa kelabu dan angsa putih...yang putih jauh lebih mahal...

Sebenarnya dah lama betul ayah mencari anak angsa untuk dipelihara dan bila dewasa boleh la menjadi pengawal ternakan...susahnya mencari... Kadang tu tengah lalu di kawasan perumahan atau perkampungan nampak jer angsa cari mana tuan rumahnya...bila ditanya takde anak...telur pun takde...

Ada juga kawannya memelihara angsa, tapi bila mengeram tak pernah menjadi... di kedai2 jual Pets harganya melampau mahalnya....tu pun entah spesis apa2 jer... kadang tu anak angsa reject pun dijualnya...

Akhirnya dapat juga...3 pasang anak angsa sepasang angsa kelabu, 3 ekor angsa putih dan seekor angsa ketih (kelabu kacuk putih)...dari ladang ternakan Cikgu Masiran di Batu Gajah...dekat jer dari kampung ayah...

Moga usaha menternak angsa ni membuahkan hasil InsyaAllah...Amin

Monday, December 21, 2009

HOBI MEMELIHARA TERNAKAN




Hobi ayah memlihara ternakan ayam kampung bermula sejak ayah kecil lagi...katanya sejak umur 9 tahun atuk dah bagi
kepercayaan kepada ayah untuk memberi makan ayam itiknya.
Ketika 15 tahun ayah dah pandai buat reban ayam.
Ayahlah yang mencari pokok keladi bunting dan mencincangnya untuk ayam Kluk-kluk. Selepas spm ayah buat kolam ikan, berbagai jenis ikan ayah bela waktu itu.
Lepas graduate pulak ayah menambah koleksi haiwan ternakannya dengan memelihara pelbagai spesis burung merpati.
Sebab tu ayah nak anak2 ayah semua pandai menternak haiwan, kalau pun bukan untuk diniagakan, untuk makan sendiri dan menjamu keluarga dan rakan.
Ayah tidak banyak mengeluarkan modal untuk membuat reban. Selalunya ayah akan kutip kayu dan zing terbuang tidak kira di mana.
Kini ternakan ayah telah menampakkan hasilnya dan mulai berkembang... dari satu reban...sekarang dah ada tiga reban. Dari memelihara ayam saja kini sudah ada ayam serama, ayam Kluk-kluk, itik Muscovy, itik penelur, angsa dan burung puyuh

Wednesday, December 16, 2009

JOM BELA SERAMA... ANAK SERAMA UNTUK DIJUAL...

Anak2 serama yang sedang membesar sedia untk dijual...beberapa ekor dah sold...

Ibu ayam yang tekun mengeram....


Sesekali lepaskan ayam2 ni untuk makan rumput...sumber vitamin..















Kepada yang masih mencari idea apakah ternakan yang boleh dipelihara di kawasan permahan yang agak terhad... Ayam Serama adalah jawapannya...

Tidak memerlukan ruang yang luas...penjagaannya juga agak mudah, ayam Serama tidak makan dengan banyak..tidak perlu dibersihkan selalu..cukuplah sekadar membasahkan badannya di waktu tengahari panas, bagi menyerlahkan kemilauan bulunya..itupun kalau rajin, sebulan sekali pun ok....bubuh pasir pantai yang dah dikeringkan sebagai tapak untuk ayam mengais dan memakan sisa hidupan laut yg kaya dengan kalsium...

Yang amat penting jangan sesekali membiarkan ayam tanpa air...ayam boleh pengsan kalau sehari tak minum air...sesekali letak di atas rumput, sebab ayam ni suka makan rumput...ayam adalah haiwan omnivor...sambil makan rumput dia akan mengais mencari cacing atau serangga...

Kalau bela sepasang najisnya pun tak banyak, so mudah di bersihkan...gaul dengan tanah boleh buat baja...

Kepada yg berminat nak bela serama sila hubungi 019-3512195

MUSCOVY DUCKS





The Muscovy Duck's original home is in parts of the Amazon River in South America. It was first introduced in Florida and now it has spread all over the United States. Natives of South America kept Muscovies as a food source. Then Spanish explorers liked how it tasted. When they brought the Muscovy to Europe, the Europeans liked it, so they brought it to North America.



The scientific name of the Muscovy duck is Cainina Moschata.All Muscovy Ducks have long claws on their feet and a wide flat tail. The drake (male) is about 86 cm long and weighs 4.6-6.8 kg (10-15 lb), while the hen (female) is much smaller, at 64 cm in length and 2.7-3.6 kg (6-8 lb) in weight; domesticated males often weigh up to 8 kg (17 lb), and domesticated females up to 5 kg (10 lb). One male of an Australian breed weighed about 10 kg (20 pounds

The weight of the Muscovy is usually around four or five pounds--a large duck, as you can see. Large patches of warty, red bumps encircle the eyes and the base of the bill. They can have variable patterns of black and white. They eat a lot of different kinds of plants including agricultural crops. They also eat small fish, reptiles, and insects.



Itik Muscovy dipercayai berasal dari kawasan Sungai Amazon di Amerika Selatan. Mulai diperkenalkan di Florida, Amerika Syarikat dan kini telah membiak di serata negara ini. Orang asli di Amerika Selatan memakan itik ini dan memperkenalkannya kepada penjajah Sepanyol. Mereka menggemarinya dan membawa itik ini ke Eropah. Kerana kebanyakan orang eropah menggemarinya, semasa mereka berhijrah dan menjajah Amerika Utara mereka turut membawa bersama itik tersebut

Nama saintifik itik Muscovy ialah Canina moschata. Itik ini mempunyai cakar yang panjang dikakinya dan ekor yang panjang dan melebar. Berat itik jantan (Drake) lazimnya boleh mencecah hingga sekitar empat hingga tujuh kilogram dan mencapai 86cm panjang, manakala itik betina (hen) agak kecil sedikit dengan berat 2.5 hingga 4 kilogram dan 64cm panjang. Itik jantan yang diternak dan diberi makanan secukupnya boleh mencapai berat 8kg manakala itik betina 5kg. Itik terberat pernah ditimbang di Australia 10kg.

Terdapat ketumbuhan berwarna merah dan menggerutu mengelilingi sekitar muka itik ini hingga membentuk seakan janggut. Warna itik Muscovy lazimnya putih dan hitam.Itik ini memakan pelbagai jenis tumbuhan dan juga tanaman seperti sayuran. Ia juga memakan ikan kecil, reptilia dan juga serangga
.


Wednesday, December 9, 2009

AYAM BELANDA aka KLUK_KLUK

Huhu rindunya ..6 hari tak jumpa macam setahun rasanya...hehe baru gi Tganu 5 hari dah merindu dendam...

Arsyad dan ayam Belanda ni sekarang dah mesra...sebelum ni nak masuk reban pun dia tak berani sebab ayam ni garang katanya...


Anak Ayam Kluk-kluk sedang makan rumput Ayam Belanda @ Ayam Kluk-kluk jantan... Ayam Kluk-kluk betina

Macam-macam nama orang panggil ayam ni...ada yg panggil ayam Belanda, ayam Kluk-kluk sebab bunyinya ...ada juga yg memanggil ayam Piru dan Turkey, yg ni ikut mat saleh ....
Lama juga ayah menyebut-nyebut untuk memelihara ayam Kluk-kluk ni....sewaktu pulang ke kampung menziarahi opah, Pak Su bawa ayah ke ladang/estet getah di Tg Tualang. Katanya di sana ada orang memelihara ayam ni. Ayah beli 4 ekor ayam, sekor jantan dan 3 betina...malangnya umur mereka tidak panjang...sepasang mati tak tahu apa puncanya...
Dalam perjalanan balik menziarahi Asyraf di Matrikulasi Gopeng kami terserempak sekumpulan ayam Kluk-kluk sedang makan rumput di tepi jalan. Ayah singgah ke rumah keluarga India yg memelihara banyak ayam Kluk-kluk dan ternakan lain... Ayah beli lagi 3 ekor...sekor jantan dan 2 betina... so ayam kami sekarang ada 5 ekor...

Alhamdulillah...Semua ayam betina kini sudah bertelur dan hasil penetasan di dalam incubator, 25 ekor anak ayam yang sihat berjaya dilahirkan. Malangnya baru-baru ni, beberapa kali seekor atau mungkin lebih, musang masuk ke reban, anak ayam Kluk-kluk antara yg diratahnya... kini tinggal 22 ekor...Sabarrrr jerrr

KISAH ANAK ITIK


"Ok anak2 semua...pelajaran kita hari ni...berenang ya...dah tu jangan dok lepak kat situ jer...cepat masuk air!!"



"Eh takpe ke, macam ada benda bergerak-gerak jer kat sana tu...tak bahaya ke...Alaa takut laa..."


"Ehh bestlaa...jomla...sejuk jer air ni...jom jom...!!


"Betul ke ok..." " Betuuuullll jomla.... cacing pun banyak nihhh...waaa banyaknya!!!"


"Haah la..best rupanya berenang ni...jom kita gi jauh sana nak..."


"Ok anak2...masa pun dah time....nanti kesejukan pulak...meh naik, mama dah siapkan makan nii..."


"Alaaarr baru sekejap jer.. dah kena naik ke..." "Cukup la tu esok kita sambung lagi..."


"Grrr...sejuuuukkknya...Tuala mana...."


"Hermmmm dah sejuk2 ni lapar la pulakkan....jommm makan..."

ITIK MUSCOVY


Keseronokan Itik Penelur berenang sambil menyudu makanan




Itik Muscovy dewasa



Itik Muscovy dan itik Penelur dewasa






Sejak bila ya ayah suka bela itik....seingat mama ayah pernah bela itik masa kita tinggal di Surada...tapi sebab kedudukan reban jauh dari rumah, banyak itik yg hilang... "Bukan senang nak dapat merasa daging itik, kalau kita tak bela sendiri alamat tak merasa lah nampaknya"...ermmm betul juga kata ayah tu...

Segalanya bermula sejak pindah ke rumah nilah...di sebelah rumah kami ada kolam terbiar peninggalan pihak pemaju terletak di bawah pencawang elektrik...keadaanya semak dipenuhi rumput liar dan ular... selepas setahun macam takde sesiapa nak mengusahakannya.. ayah pun mula berangan dan merancang sesuatu...

Bila dibiar masuk tahun ke 2..masih tiada siapa sudi mengusahakanya... ayah pun angkat cangkul, pencakar...dengan welly Phua Chu Kangnya...diiringi Arsyad si bongsu menebas semak samun, dan rumpai air...maka jadilah seperti ini sekarang....