Thursday, March 28, 2013

Kita berkebun untuk apa?

Bila orang datang ke kebun kami... semua kata wahhh seronoknya
ada kebun luas macam nih...kami hanya senyum...
Disebalik cerita itu.......

Semuanya ayah lakukan sendiri....membersih kolam yang
dipenuhi rumput dan semak samun.....

Kerja yang nampak mudah tetapi memerlukan kudrat 
yang bukan sedikit........dibuat setiap petang sedikit demi sedikit

Balik jer dari ofis... terus bagi makan kambing sekadarnya....
atau lepaskan kambing kalau cuaca baik....

Berehat sebentar bila kepenatan...di sebelah sana ayah terpaksa 
mengupah Indon untuk menambak batas yang semakin mengecil 
akibat hakisan hujan.... kerjanya memang memenatkan...bukan ayah
tak mampu buat....tapi ada sedikit jer lagi yang perlu disiapkan cepat
musim hujan dah datang semula....tambak yg ayah buat
dah hakis teruk...Indon ini pun cuma buat 2 hari jer....
yang lain tu ayah dah buat sendiri dengan sedikit bantuan Arsyad....

Kebetulan Indon ni datang ke kebun dan ayah tengah sebok nak 
bersihkan kolam sebelah sini.....dan ada pulak bahan buangan
dari perobohan rumah yang dilambak dekat kebun kita ni...
Memang kerja berladang, menternak bukan kerja lepas pencen
segala kerja memerlukan kudrat dan tenaga muda.....

Tak tahulah orang lain.... tapi kalau berkebun semua nak upah orang
dah tak kenalah jadinya...berkebun untuk mengeluarkan peluh..
kalau dah main arah jer.....baik tak payah......

InsyaAllah projek lepas ni nak membersihkan lalang belah sini
dah dibersihkan separuh sebenarnya...lepas tu nak buka 1 pintu
supaya kambing boleh lepas bebas ke sebelah sana.....
di sebelah sana pencawang ni dah ditanam rumput Napier...


Untuk tatapan En Rahim.....

Semalam 28 Mac 2013... En Alwi bersama keluarganya
dari http://alwigoatfarm.blogspot.com/
datang menziarahi kandang ayah.... mama tak sihat waktu tu
tak dapatlah jumpa dia.... terimakasih kerana
sudi singgah kandang kami yg tak seberapa tu.......


Teringat En Rahim ...mama sempat rakamkan aksi
kambing Pygmy kita ni....5 hari yg lalu...


video
Bila dilepaskan dari kandang...bukan sebok mencari makanan
tapi bersukaria jer berlari ke sini sana.....


video
Berebut makan daun pisang yang diorang patahkan
tapi tak dihabiskan makan...bila kita letak dalam kandang
hanya tinggal pelepah jer.....sukaaa.....


. video
Kat hujung jalan rumah kami ada orang jual goreng pisang
tidaklah kami tahu yg kambing ni suka kulit pisang
bila dibagi berebut rupanya....si Kijang ni pun suka
Alhamdulillah si Kijang dah menampakkan susuk tubuh 
yang sihat....apa saja yg kami bagi habis dimakannya
tapi tu lah......masih suka menyendiri.....

Sunday, March 17, 2013

Projek baru......

Sebenarnya lama dah ayah berangan nak bela Lebah Kelulut nih...
tapi belum berpeluang.... nak bela lebah ni jangan main2....
risau juga mama dibuatnya.... dah la orang marah kita bela ayam
bau busuk lah apa....bela lebah tak bahaya ke......hurmm kita tanya
En Google tengok macamana......jumpa ni: 


Okey kalau macam tu mama pun setuju....daripada kita dok beli
madu lebah Tualang yang macam2 jenama tu....kadang cair semacam,
kadang pekat dan hitam.... kadang rasa macam air gula merah jer...
betul ke ori ke tidak...main beli jer....terutama kalau ada orang
kenalkan kata Ori....beli jerlah.....harga bukan murah.....


Tuan Haji Kadri dan Hajah Rogayah dari Surada yang jual 
set lebah yang dibawa khas dari kampung halamannya 
di Kedah nun....tu dia jauh mai dari Kedah hang kata....
ni diorang baru jer sampai dari Kedah lah tu....terus mai rumah kami
terbaik dan fresh dari ladang......

Ayah tengah mendengar taklimat dan nasihat dari 
Tuan Haji Kadri macamana nak memelihara lebah ni....
Rupanya lebah ni kalau dah dok sini jangan ubah2 tempat dia
nanti dia tak jumpa sarang dia semula...tu pasal dari Kedah
terus hantar rumah pelanggan yg oder...senang jer letak
bawah pokok yang rendang...pokok Belimbing ni elok sangat
tengah berbunga pulak tu...lebah memang akan cari madu bunga

 Soalan pertama mama mestilah lebah ni tak gigit ke....
ehh memang lah lebah menggigit...tak lama lepas tu mama kena gigit
bila peti rumah lebah ni dibuka...ha amek kau...gatal mulut...
baru nak merasa macamana kesakitan kena gigit lebah....
kaki mama pulak yang gatal dan sakit...rupanya kena gigit
semut merah yang bersarang kat tanh...cehhh dah lah tak
perasan macamana rasa sakit kena gigit lebah kat tangan...
takde kesan pun....kena gigit nyamuk lagi sakit dan gatal
seminggu kadang kegatalannya tak hilang....Tn Hj Kadri kata
dia jenuh dah kena gigit tak de apa lah.....
Inilah rupa dalam peti sarang lebah tu...beratus ekor
dalam satu peti ni buat sarang  dan menghasilkan madu...
selepas 3 bulan baru boleh sedut madu dia....sabar jer lah....
memandangkan khasiatnya yang sangat baik tu......
musuh utama lebah ni cicak, burung layang2 dan katak...
sebab depa ni suka makan serangga....so kena pastikan
menatang 3 spesis ni dok jauh2....kerengga pun bahaya juga..
lagi satu asap yang berpanjangan berkepul kat sekitarnya....
nanti dia pindah tempat lain...jangan dok bakar sampah dekat2...

Antara khasiatnya yang mama jumpa dari blog ........

  1. Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  2. “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengankhasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  3. Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  4.  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
  5. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.








Tuesday, March 12, 2013

Penceroboh akhirnya tumpas ......

Cerita lama yg terlupa nak cerita.....Rabu 6 Mac lalu..
Selepas 5 hari ibu ayam beranak 8 dilepaskan...dari 8 ekor tinggal 7 ekor...
wahhh siapakah pengkhianatnya nihhh.....elok jer ayah melangkah masuk ke reban
2 hari lepas biawak ni tengah menggelepar mencari jalan keluar dicelah2 pagar....
apalagi ayah pun berlari mengejar main baling jer dengan segala senjata
yang terpandang dek mata.... kena baling dengan batu dan kayu dia boleh
berlari lagi tu.... amboii tak boleh jadi nihhh...

Tetiba ayah teringat sabit rumput yg tersangkut di reban kambing...
main rejam dan cangkuk jer tak tentu arah....tapi hasilnya mengena juga....
tumpas juga pengkhianat paling dikehendaki ini.... sudah beratus biji telur 
ayam, itik, angsa dan Kluk2 dikerjakannya sampai boleh membesar sihat 
macam nih....anak ayam itik jangan ceritalah entah berapa 
ramai dah jadi mangsanya...



Tuesday, March 5, 2013

Terima menantu baru....

Alhamdulillah selamat sudah majlis menerima menantu....
yang sudah beristeri satu... datang ke sini terus dapat pulak  3 isteri...
bersama isteri2 barunya masuk kandang baru yang lebih luas....

Isteri pertama yang dibawanya...sama setaraf sama sekufu dengan
'isthree' yang baru ini...sama kaler...sama hitam...sama berbulu...

Pygmy jantan ni milik En Rahim dari Seremban, dipawahkan
kepada ayah sebab ayah kan kematian anak Pygmy jantan yang 
dibeli di MAHA tempohari....terlupa nak tanya namanyaa..


Datang sepasang...pygmy betina En Rahim ni bulu dia macam
berlebihan sedikit kat bahagian perut...kaler sama jer dgn kita punya
Black the Beauty....yg juga dibeli dari pembekal yg sama...
rasa nak  namakan diorang nih....Tuah dan Teja.....wahhh klasikkk

Alhamdulillah senang jer mereka ni bergaul mesra...dah 'terlebih mesra'
alam nampaknya....InsyaAllah tak lama lagi dapatlah zuriat2 baru yang bakal
memeriahkan lagi kandang pygmy ni...tak sabarnyaaaa.....
macamanalah rupa anak2 yg bakal lahir nanti ya.....

En Rahim juga ada membawa bersama sekor anak kambing Kijang
keadaannya agak lemah....macam lonely jer....muka pun sayu semacam...

Memula ayah letak sekali Kambing kijang ni dengan Pygmy yg lain...
kesian dia....asyik kena buli tak berpeluang nak makan....sentiasa diasak
pygmy2 lain ke dinding sampai tercepit kakinya di celah pagar....
punyalah nyaring suaranya...tengok rupa macam sayu jer....bila dah tercepit
meraung ..suara dia kuat juga rupanya... kalau suara pun kuat gitu...
InsyaAllah sihatlah tu.....bila diasingkan baru selera makan...

Rupanya memang dia tak biasa duduk sereban dengan kambing2
lain...jadi ayah asingkan dia sengsorang....tengok warna bulu dia serupa
Kijang kan....kaki dia pun agak kecil macam Kijang.....agaknya 
kalau dikacukkan dengan Pygmy jantan nanti mesti kiut anaknya...
.tapi dia ni muda sangat lagi...kita bagi makan cukup2 biar cepat besar...
InsyaAllah...l

Monday, March 4, 2013

Seronok di tempat baru...

Setiap petang Kasturi akan membawa anak buahnya 
berlari2 sambil mencari makan di sekitar reban

Jumpa ajelah serumpun anak pokok yang hidup segan
mati tak mau ni di celah anak pokok kelapa...

Tengah berfikir2 macamana nak menyeberang ke sebelah sana
kat sana tu nampak macam banyak makanan...

Untuk sementara kita makan sebagai alas perut dulu...
lapar sangat pun akal tak jalan.... kaki lagilah tak larat nak jalan

Ikut sini boleh kot...Melor tengah mencari jalan ...
tapi akhirnya patah balik... tak jumpa jalan selamat...

Allah...apasalah tadi tak nampak Pisang valley ni.....
untuk hari ini kita makan di sini jer dulu.....

Punyalah banyak anak pisang tengah mengeluarkan pucuk muda 
lepas sepelepah ke pelepah baru di panjat dan diratah...

Okey dah kenyang jom balik reban.... haripun dah nak malam...
teringin betul nak tunggang kuda..... kambing pun jadilah...

Menikmati pucuk daun nangka baru petik...rangup jer...


Iera tengah menggaul dedak dan hampas kelapa untuk
makanan ayam, itik, kluk2 dan angsa....