Sebagai mengisi masa lapang ayah mengusahakan ternakan ayam kampung, ayam serama, itik Penelur,itik Muscovy, Ayam Belanda dan Angsa secara kecil-kecilan... Dan terkini kambing kampung dan Pygmy @ African Dwarf.....
Sunday, October 2, 2011
Friday, September 30, 2011
Anak Serama Gred A untuk dijual....
Anak remaja yang telah menunjukkan potensi...
Masing2 nak tunjuk gaya di hadapan lensa kamera
Pasangan muda sedang bercinta...
Lagi pasangan yg sedang menunggu telur menetas
Anak2 cilik yg lincah membesar ..
Ibu ayah yg melahirkan anak2 yg comel2 belaka...
Remaja yg sudah menghasilkan rupa dan gaya tersendiri
Reban C yg mengisi hampir 50 ekor serama...ibu, ayah, anak kecil dan remaja
Reban A dan B tempat pasangan melahir dan membesarkan
anak2 mereka...
Kepada yang sudi jom singgah ke Serama Farm
cal @ sms:
019-3878399
Monday, July 18, 2011
Menjala Talapia di kolam ayah

Itik dan angsa yang menghuni kawasan kolam ayah ni.....

Seronoknya jadi itik ni kan...berenang-renang riang ria berkejaran
bercanda bergurau senda.....arghhhh......besttt....

Kolam yang tenang dan mendamaikan telah hampir 10 tahun diusahakan
walaupun hanya ada ikan Talapia...jadi lah....

Erm alahai...ni yg payah kalau jala sangkut ... kenalah masuk dalam kolam...
mujur airnya tengah cetek ni....

Ayah dan Arsyad jer yg rajin menjala ikan ni...abang ngan Aiman tak
pernah nak amek tahu.....tau2 ikan dah siap goreng jer...

Wahh banyak ni Ayah...berat giler.... seminggu pun tak habis....
isshh lalu ker hari2 makan ikan ni jer....tukang masak pun boleh loya...

Mama: Dah siap siang baru bawa balik ya....hehe...mama tak reti nak siang...
Ayah: hurmm ....alasannnnn.....
Arsyad: Selalu tu mama pandai jer siang ikan....
Mama: Ikan kembong boleh arrr....ikan bersisik org kedai yg siangkan...
Arsyad: Oww pengelat....
Ayah: Ayah ni sbb sayang mama lah, Arsyad nanti pun buat macam ni...
tolong isteri siang ikan....
Mama: Hehe...siapalah menantu ayah yg bertuah tu yaaa.....

Baru menjala 1 kolam dah nak penuh baldi....dapat Talapia merah sekor
Ikan Tapalia ni sedap digoreng berlada.... hari ni mama nak masak
Talapia 3 rasa......untuk keluarga.....
Talapia rebus untuk Snowy dan Mochii

Tengok tu Snowy dan Mochii... walau ikan ni mama rebus
dengan asam dan garam jer....macam tak sabar
menunggu ikan tu sbb masih panas........

Huhh bila dah sejuk...terus ngap....tak toleh kiri kanan si Mochiii ya....
air rebusan ikan jadi sup ....nak bagi bulu tu gebu dan bercahaya....hehe....
jimat belanja kan......
Monday, July 11, 2011
Persatuan Serama dari Belgium datang melawat
Punya lah tak sangka. seramai 5 orang Ahli Persatuan Serama dari Belgium telah datang membuat lawatan ke reban Serama ayah....DrJaafar yg tukang bawanya.....
Masa tu ayah sedang ditemuramah oleh Pusvathy Ramaloo TV3 untuk edisi siasat kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Antara senario yg sempat dirakam.....




Ayah, sempat bergambar bersama tetamu dari Belgium dan Dr Jaafar (baju hitam)
Memang diorang ni minat sangat sampai sanggup naik teksi datang
saja-saja nak melawat reban Serama Unggas Kota dan Lawiemas....
Sekarang ni memang tengah banyak sangat anak2 serama untuk dijual....
boleh jer datang kalau berminat....
Berminat sungguh makcik ni....
Ni kalau boleh memang nak bawa balik Belgium, sebab dia kata kat sana
ayam2nya tidaklah secantik ayam Serama kita....tapi tu lah bukan senang
nak bawa haiwan dalam kapalterbang....banyak procedure yg nak
kena ikut....diorang ni datang sebenarnya nak melancong....
so ni kira sambil menyelam ler.....
Orait then...next time visit, kita siapkan segala keperluan dokumen
untuk angkut serama ni ke Belgium...
Sunday, June 12, 2011
Anak Serama untuk dijual
Ada banyaklah jugak anak serama untuk dijual direban saya..
baka baik punyaaa............
Ada yang baru bertelur....
Ada yg sedang mengeram....
Ada yg baru menetas... dii kudii kudiii....
Ada yg baru masuk 'sekolah rendah'....
Yang ni gaya dah remaja dan sunti...
Ni kategori baru masuk tadika....
Ni gaya dah pandai merempit nihh...
Tengok tu ada yg dah masuk Geng kongsi tak Gelap...
harga boleh runding
sila sms @ call:
019 3878399
Subscribe to:
Posts (Atom)