Tuesday, February 4, 2014

SI KOKO BERANAK KEMBAR

Hari ini 4 Feb 2014, bersamaan dgn Birthday Mama yang ke...(ehemmm) si Koko melahirkan anak kembar. Kedua-duanya jantan..sama saiz, tapi lupa lah pulak nak timbang beratnya tadi. Tapi rasa2nya tak kurang 2.8kg sekor. Alhamdulillah anak-anaknya nampak sihat dan pandai menyusu sendiri. Anak-anaknya nampak macam mewarisi darah bapanya, badan warna putih dan kepalanya warna coklat. Bapanya si Kasturi - baka Boer yang berasal dari Tabuh Naning Melaka, kandang Cikgu Halim. Cikgu Halim tentu gembira kalau tengok gambar ni.


Nilah si KOKO, dibeli dari Hj Rosli Sg Ramal Dalam bulan Julai 2013 yg lalu. Waktu dia datang dulu si Koko baru beberapa minggu lahirkan anak, kembar dua juga. Tapi sayangnya sekor anaknya dulu tu mati kerana stress bila diasingkan dari ibunya walaupun dah berusia lebih 2 bulan. Nak bagi nama apa anak-anaknya ni yer? Dua-dua jantan...


Cer tengok dekat2 sket..mana ke ropernyer..Alahaii comelnya...


Hari ini jugak, ayah rasa sangat bertuah sebab Opah sudi datang melawat ke kandang. Opah memang dah ada kat sini dah lebih 2 minggu dah. Atuk pun ada kat rumah. Tapi atuk sangat uzur..dan tak larat nak datang. Opah pun tadi datang sebab sanggup ikut ayah naik Hilux dari rumah sampai ke tangga reban. Bertongkat2 dan berpapah-papah jugaklah opah dengan penuh semangatnya nak tengok hasil penat lelah ayah & abang & Aiman yang menternak kambing. Sebelum ni opah  hanya mendengar cerita dari mulut anak cucunya sahaja. Tapi kali ni..akhirnya opah dapat tengok dan lihat dgn mata kepalanya sendiri.Ni haa..gambar opah cuba bagi kambing makan pucuk ubi...seronoknya dia..haha..



Banyak lagi nak cerita ni.sebab mama memang dah lama sangat tak update blog ni....tapi ayah tak boleh tulis panjang2 sebab ayah banyak kerja lain nak buat nih...huhu..Tapi sebagai rekod/rujukan di masa akan datang, perlu dicatat bahawa abang pagi tadi mengasing2kan anak-anak kambing yang dah mencecah 2 bulan keatas daripada ibunya masing2. Ni haa gambarnya.. 3 ekor anak-anak jantan. Tapi yang geramnya tu, si tompok coklat ni (ibunya tag no 9) asyik nak melalak jer...protes tak mahu dipisahkan dari ibunya. Yang lain ok jer..Dia sekor ni boleh melalak dari pagi tadi sampai malam ni haa.. baru sekejap ni tadi baru berhenti melalaknya..Agaknya dah penat & tidorlah tu.. dah pukul 10.00mlm dah pun ni.




 Sekian, catatan dpd ayah for the first time..untuk blog UNGGAS KOTA..menggantikan mama yg dah tak update blog ni but beberapa bulan hingga penuh bersawang. Mama sibuk dgn blog baju & tudung labuhnya - Zahusna Collection. (10.07pm, 4/2/2014).

Thursday, January 30, 2014

HADIAH TAHUN BARU CHINA 2014 (30 Jan)

30 Jan 2014, Khamis..petang. Macam biasa ayah bagi makan kambing. Aiman tengah cuti semester, so petang2 dia jugak tolong bantu ayah bagi makan kambing. Hari ni agak kelam kabut sikit sebab orang kuatnya, Abang, pergi kursus Usahawan Ternakan Kambing di Akademi Usahawan MJ Fatonah. Lusa (Sabtu  1 Feb) baru abang balik.

Tengah kelam kabut dan riuh rendah melayan kambing2 yang lapar, terdengar bunyi baby kambing. Tengok2 rupanya si KIKI, kambing serama kami dah beranak, Masih basah lagi bulu anaknya. Hitam, jantan. Nampak masih sangat lemah. Ayah cepat2 asingkan KIKI dengan anaknya yang hitam.. Hari dah semakin gelap..azan maghrib pun dah berkumandang. Jadi kerja2 pengasingan kambing2 serama yang sebelumnya bercampur kesemua induknya dibuat lebih kurang aje. Teringat pulak ada lantai yang dah patah sebatang. Cari papan pelet..tutupkan aje. Cari kain buruk, buat lapik anak si Kiki. Di suatu petak yang lain pulak kambing tag No. 8 pun beranak juga. Seekor, jantan 3.2 kg. Badan putih, kepala coklat cair. Nampaknya tumpah jugak kuah si Kasturi ke nasinya..hehe..Memang kelam kabut dibuatnya. So, pastikan anak-anak dan ibu-ibunya ni nampak selamat dan selesa, ayah pun balik.

Ni haaa... si KIKI dengan anaknya yang jantan, hitam.



Anaknya masih lemah lagi...si Kiki menunjukkan sikap keibuan yang sungguh bertanggungjawab. Menjilat2 anaknya sampai kering. Tapi anaknya masih lemah, nak bangun pun susah.


Yang ni pulak kambing kampung, No. 8. dengan anak jantan 3.2 kg.


Anak kambing ni tak ada masalah. Alhamdulillah. Lepas jer bersalin, terus pandai menghisap susu ibunya. So senangla kerja.


Lepas solat Isya; di surau..Ayah rasa macam tak berapa sedap hati, takut2 anak si Kiki kambing serama tadi masih belum dapat susu ibunya. Susu awal ibu (kolustrum) sangat penting untuk survival anak dan mesti dipastikan setiap anak kambing dapat susu awal ibunya dalam masa 48jam selepas dilahirkan. So, ayah ajak Arsyad temankan ke reban. Sekurang2nya boleh tolong pegangkan ibunya dan ayah suapkan mulut anaknya ke tetek ibunya.

Alhamdulillah..tak banyak masalah masa ajarkan anak si Kiki menyusu. Si Kiki pun nampak macam beri kerjasama baik. So puaslah jugak anaknya yg hitam ni menyusu. Sambil mengemas-ngemas apa yang patut di atas kandang, Si Arsyad turun, menghidupkan semula unggun api yang dibuatnya petang tadi dah nak padam.

Ayah dah bersiap-siap nak turun, ajak Arsyad balik. Arsyad pun start moto..Tiba-tiba Arsyad menjert! "Ayahhh..apa tu? Hee..anak anjing ke?"...Haa? Mana? Ayah pun terkejut jugak. "Ni haa.. kat bawah reban ni..kat bawah tangga!"... tersuluh dek lampu motor.  Ayah pun meluru ke bawah..suluh lak dengan torchlight!. Ehh! anak kambing la... anak kambing serama!! Jawab ayah. Anak kambing tu masih lemah dan berwarna coklat kemerahan. Cantiknya..! Tapi anak siapa ni? Camana pulak boleh ada kat bawah reban?

Ayah cepat2 ambik anak kambing tadi, bawak ke atas. Terus ke petak induk2 serama yang lagi 3 ekor tu. Cek bontot masing2, kot2 ada tanda-tanda mereka baru beranak, sebab semuanya memang tengah bunting pun. Tapi semuanya nampak normal jer. So, terlintas di kepala, ini mesti anak si Kiki. Maknanya Kiki beranak kembar! Bukannya sekor yang hitam tu saja. Ayah pun letakkan anak kambing coklat tadi kat depan Kiki..dia pun terus jilat dengan penuh mesra sambil membebel..agaknya dia tanya.."mana kau pergi tadi, puas ibu cari"...

So..ringkas cerita, sahlah si Kiki beranak kembar. Satu hutam (jantan), satu lagi coklat merah (betina). Yang coklat terjatuh ke bawah melalui lantai yang berlubang sebelum ni. Dalam kelam kabut beri makan kambing dan mengejar waktu maghrib, tak perasan ada anaknya sekor dah jatuh ke tanah. Mujurlah Ayah dengan Arsyad datang ke kandang malam tu. Malam Tahun Baru China 2014... Memang nak rezeki, digerakkan hati oleh Allah untuk turun ke kandang malam2. Kalau tidak...alamat matilah anak kambing tu, samada kesejukan, kelaparan, atau dihurung semut, atau dimakan ular sawa/tikus! Syukur Alhamdulillah...inilah hadiah paling bermakna buat kami sempena cuti CNY tahun ini.


Ini lah rupanya anak kembar si Kiki. Sekor hitam, sekor coklat! Masing-masing berat 1.1kg. Comelnyaaa...

 Gambar ni diambil keesokan harinya, sebab semalam lupa lak nak bawak kamera. Alhamdulillah, kedua-dua anak kambing pygmy/serama ni makin aktif dan dah pandai menyusu sendiri.


Si Kiki dengan penuh bangga posing bersama anak pertamanya, kembar 2.



Amboi-amboiii..tangkap lentok kau ye kena jilat dengan ibu.


 Sebelum balik meninggalkan reban...macam biasa...Arsyad pun mulalah keluar ayat2 "pencair hati" dia.."So..ayah, kena celebrate ni malam ni!". Celebrate apa pulak? Saja ayah nak menguji.."Hai dah dapat anak kambing pygmy kembar, dapat selamatkan sekor lagi pulak tu, kena la celebrate". Paling tidak pun..kenalah singgah 7E...cari Slurpee...dahagalah..dah berpeluh2 dah ni....!



Sunday, December 29, 2013

PESTA KULIT PISANG & AYAH UDA/FAMILY DATANG KANDANG



29 Disember 2013.. Ayah Uda dan anak-anak lelakinya (Irfan Danish & Irfan Daniel) datang ke Bangi. Tujuannya Ayah uda nak ambik Opah yang dah 2 minggu duk di sini temankan Atuk. Bila Opah & Atuk ada di rumah kami, ramailah cucu-cucunya yang lain datang.


Bila cuaca dah redup petang..Ayah Uda dan anak2 pun turun ke kandang tengok abang & ayah bagi makan kambing..Petang ni, ayah ambik kulit pisang kat Faisal GP Classic, jiran selang 2 rumah. Abang pulak lepaskan semua kambing ke tanah..apa lgi berebut lah kambing2 tu makan kulit pisang. Seronok jugak bila dapat kongsi pengalaman bela kambing dengan sedara mara yang jarang2 sekali datang bertandang..

Wednesday, September 4, 2013

Sampai bila entahnya.......

SiPuteh dah sebulan setengah umurnya tapi masih 
tinggal di rumah bersama kami....dalam kandangnya
Si Puteh ni tak suka kalau dibiar bersendirian.....siaplah
dia akan menjerit2 memanggil sesiapa saja.....

cukup tak suka dikurung dalam kandangnya tu
dia akan meronta ke sana sini minta dikeluarkan...
duduk dalam ni kalau nak nenen jer.....lepas nenen
bila dah kekenyangan dia akan terlena tidur agak lama...

Kalau dapat masuk dalam rumah memang dia suka sangatlah
tapi manalah sempat nak memerhati sepanjang masa
entah dia terkencing ke ter'popoo" dalam rumah.....aishh

Terpaksalah mama spend masa duduk di luar rumah
memerhatikan dia.....kalau tinggal dia di luar rumah
sendirian...alamat menjerit2 lah dia.....

Kadang2 Labu suka bermain dengannya

Lucky pun suka bermain dengan si Puteh.....

 Waktu ni biasanya mama menjemur kain, mengemas tudung
dan baju2 kot ada sesiapa membeli online......

Selepas beberapa jam dia akan keletihan berlari dan melompat 
ke sana sini...dia akan terlena tidur ......di mana2 pun...
barulah mama dapat masuk dalam rumah start memasak....
Puteh Puteh......manjanya kemain.....

Kadang-kadang kalau dia dah letih melompat
ke sana sini dalam rumah...tengah tengok TV pun boleh terlena

Kat luar tu hujan lebat sangat tak kan nak biar dia dalam
kandangnya ...sejukkk ...kesian lah kan.....masuk dalam
rumah.....sejuk sejuk ni apa lagi lena sungguh......

Kadang2 tertidur tunggu mama masak kat dapur
letih sangat rupanya....



Thursday, August 15, 2013

Kasturi di Quarantine.....

Sejak akhir Ramadhan lagi....si Kasturi menunjukkan sikap
kurang aktif.....bermuram durja....pendiam dan tak selera makan

Rupanya ada bisul besar tumbuh kat belakang telinganya
mak aii...... Subhanallah....selepas beberapa hari bisul makin besar
pada hari raya pertama Asyraf dan Aiman bekerjasama
memecahkan bisul tu....sampai berdarah....meraung kesakitan
dan merontalah si Kasturi ni......

Saturday, August 10, 2013

Kelahiran 5 baby dari 3 ibu

Mawar melahirkan seekor anak yang seiras dengannya

Tinggi lampai.....

Patutlah perutnya agak slim berbanding Melor dan Melati
seekor jer anaknya rupanya....Alhamdulillah

Melor pula melahirkan sepasang anak kembar  yg putih gebuzz

Yang pertama ni telinganya bergulung ke dalam

Yang sekor lagi telinganya lurus sket...



Alhamdulillah Melati pun dapat sepasang kembar

Tapi nampaknya gene Kasturi lebih kuat nih..
warna Melati hanya lekat kat kepala salah sekor anaknya