Thursday, June 27, 2013

Madu Lebah Kelulut memang Power

Lebah Kelulut yang ayah pelihara sudah
menghasilkan madunya......Alhamdulillah
Selepas 3 bulan banyak cawan madu yg sudah 
boleh dituai hasilnya.....


Sediakan picagari yg disambung dengan 
straw minuman kotak atau Vitagen


Pecahkan sedikit cawa2 madu dan tebuk dengan
pisau.....

masukkan hujung straw...kemudian sedut....

Setiap cawan madu dapatlah banyak nih...
kadar 2 sudu teh...untuk 2 orang minum..
kenapa yang mengada2 nak bela Lebah Kelulut nih...
bukan murah modalnya....setiap 1 kotak benih ni antara
RM450-600 dijual orang....mujur ayah kenal dengan
pembekal terus...kalau melalui agen2 entah berapa
harga entahnya...ada yg kata sampai RM800...
amboii berniaga sungguh tu.....

Inilah sebabnya...khasiat dia memang POWER



Khasiat Madu Lebah Kelulut

Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma aku agak 
ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. 
Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, 
namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, 
Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
 Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies 
Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut. 
Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan
 di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, 
mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai
 keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga.
 Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan
 antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari 
lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. 
Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, 
antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan
 aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.  
Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.

Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah 
penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh 
melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula 
ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi,
 batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan 
dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM 
menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras 
glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout. 

Read more: http://www.blackrosehunter.my/2012/01/khasiat-madu-kelulut.html#ixzz2XPByWu3Z


Sunday, June 16, 2013

Menuai madu kelulut...







Kasturi dan Tuah ......


Kemeriahan ayam itik di penempatan baru



Bukan banyak manapun ayam itik kita..cukuplah kalau sebulan sekali nak merasa ayam kampung atau itik panggang...jangankan nak jual, nak makan sendiri pun jarang2 sekali ....itupun orang nak marah ke...susahlah kan..

Ayah tu saja bela ayam itik ni, sebab sayang tengok sisa makanan semalam terjun dalam tong sampah begitu ajer... bila ada ayam itik tak lah rasa bersalah sangat nak membuang makanan semalam yg tak habis dimakan tu...so rasa bersalah pembaziran tu macam dapat dikurangkan sikit kot...haha...walaupun tetap salah sebab membazir...hehe...


Thursday, March 28, 2013

Kita berkebun untuk apa?

Bila orang datang ke kebun kami... semua kata wahhh seronoknya
ada kebun luas macam nih...kami hanya senyum...
Disebalik cerita itu.......

Semuanya ayah lakukan sendiri....membersih kolam yang
dipenuhi rumput dan semak samun.....

Kerja yang nampak mudah tetapi memerlukan kudrat 
yang bukan sedikit........dibuat setiap petang sedikit demi sedikit

Balik jer dari ofis... terus bagi makan kambing sekadarnya....
atau lepaskan kambing kalau cuaca baik....

Berehat sebentar bila kepenatan...di sebelah sana ayah terpaksa 
mengupah Indon untuk menambak batas yang semakin mengecil 
akibat hakisan hujan.... kerjanya memang memenatkan...bukan ayah
tak mampu buat....tapi ada sedikit jer lagi yang perlu disiapkan cepat
musim hujan dah datang semula....tambak yg ayah buat
dah hakis teruk...Indon ini pun cuma buat 2 hari jer....
yang lain tu ayah dah buat sendiri dengan sedikit bantuan Arsyad....

Kebetulan Indon ni datang ke kebun dan ayah tengah sebok nak 
bersihkan kolam sebelah sini.....dan ada pulak bahan buangan
dari perobohan rumah yang dilambak dekat kebun kita ni...
Memang kerja berladang, menternak bukan kerja lepas pencen
segala kerja memerlukan kudrat dan tenaga muda.....

Tak tahulah orang lain.... tapi kalau berkebun semua nak upah orang
dah tak kenalah jadinya...berkebun untuk mengeluarkan peluh..
kalau dah main arah jer.....baik tak payah......

InsyaAllah projek lepas ni nak membersihkan lalang belah sini
dah dibersihkan separuh sebenarnya...lepas tu nak buka 1 pintu
supaya kambing boleh lepas bebas ke sebelah sana.....
di sebelah sana pencawang ni dah ditanam rumput Napier...


Untuk tatapan En Rahim.....

Semalam 28 Mac 2013... En Alwi bersama keluarganya
dari http://alwigoatfarm.blogspot.com/
datang menziarahi kandang ayah.... mama tak sihat waktu tu
tak dapatlah jumpa dia.... terimakasih kerana
sudi singgah kandang kami yg tak seberapa tu.......


Teringat En Rahim ...mama sempat rakamkan aksi
kambing Pygmy kita ni....5 hari yg lalu...


Bila dilepaskan dari kandang...bukan sebok mencari makanan
tapi bersukaria jer berlari ke sini sana.....


Berebut makan daun pisang yang diorang patahkan
tapi tak dihabiskan makan...bila kita letak dalam kandang
hanya tinggal pelepah jer.....sukaaa.....


.
Kat hujung jalan rumah kami ada orang jual goreng pisang
tidaklah kami tahu yg kambing ni suka kulit pisang
bila dibagi berebut rupanya....si Kijang ni pun suka
Alhamdulillah si Kijang dah menampakkan susuk tubuh 
yang sihat....apa saja yg kami bagi habis dimakannya
tapi tu lah......masih suka menyendiri.....

Sunday, March 17, 2013

Projek baru......

Sebenarnya lama dah ayah berangan nak bela Lebah Kelulut nih...
tapi belum berpeluang.... nak bela lebah ni jangan main2....
risau juga mama dibuatnya.... dah la orang marah kita bela ayam
bau busuk lah apa....bela lebah tak bahaya ke......hurmm kita tanya
En Google tengok macamana......jumpa ni: 


Okey kalau macam tu mama pun setuju....daripada kita dok beli
madu lebah Tualang yang macam2 jenama tu....kadang cair semacam,
kadang pekat dan hitam.... kadang rasa macam air gula merah jer...
betul ke ori ke tidak...main beli jer....terutama kalau ada orang
kenalkan kata Ori....beli jerlah.....harga bukan murah.....


Tuan Haji Kadri dan Hajah Rogayah dari Surada yang jual 
set lebah yang dibawa khas dari kampung halamannya 
di Kedah nun....tu dia jauh mai dari Kedah hang kata....
ni diorang baru jer sampai dari Kedah lah tu....terus mai rumah kami
terbaik dan fresh dari ladang......

Ayah tengah mendengar taklimat dan nasihat dari 
Tuan Haji Kadri macamana nak memelihara lebah ni....
Rupanya lebah ni kalau dah dok sini jangan ubah2 tempat dia
nanti dia tak jumpa sarang dia semula...tu pasal dari Kedah
terus hantar rumah pelanggan yg oder...senang jer letak
bawah pokok yang rendang...pokok Belimbing ni elok sangat
tengah berbunga pulak tu...lebah memang akan cari madu bunga

 Soalan pertama mama mestilah lebah ni tak gigit ke....
ehh memang lah lebah menggigit...tak lama lepas tu mama kena gigit
bila peti rumah lebah ni dibuka...ha amek kau...gatal mulut...
baru nak merasa macamana kesakitan kena gigit lebah....
kaki mama pulak yang gatal dan sakit...rupanya kena gigit
semut merah yang bersarang kat tanh...cehhh dah lah tak
perasan macamana rasa sakit kena gigit lebah kat tangan...
takde kesan pun....kena gigit nyamuk lagi sakit dan gatal
seminggu kadang kegatalannya tak hilang....Tn Hj Kadri kata
dia jenuh dah kena gigit tak de apa lah.....
Inilah rupa dalam peti sarang lebah tu...beratus ekor
dalam satu peti ni buat sarang  dan menghasilkan madu...
selepas 3 bulan baru boleh sedut madu dia....sabar jer lah....
memandangkan khasiatnya yang sangat baik tu......
musuh utama lebah ni cicak, burung layang2 dan katak...
sebab depa ni suka makan serangga....so kena pastikan
menatang 3 spesis ni dok jauh2....kerengga pun bahaya juga..
lagi satu asap yang berpanjangan berkepul kat sekitarnya....
nanti dia pindah tempat lain...jangan dok bakar sampah dekat2...

Antara khasiatnya yang mama jumpa dari blog ........

  1. Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  2. “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengankhasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  3. Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  4.  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
  5. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.