Tuesday, December 8, 2009

SERAMA FARM....







Tahun 2000 dulu ayah pernah memmelihara ayam serama yg ayah beli dari kenalan di Kelantan, tapi bila seorang kawan datang ke rumah memberitahu itu bukanlah ayam Serama sebenarnya...tapi Ayam Kapan...kerana saiz ayamnya lebih besar sedikit...Huhu patutlah murah....

Bagaimanapun minat tu berakhir kerana ayam2 tu hilang tak tahu ke mana...
Menyedari masih ada kenalan yang memelihara ayam ni, pada 21 April 2008 kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke rumahnya...hihi...tanpa diduga mereka menghadiahi kami sepasang anak dan sepasang ayam serama dewasa untuk dipelihara....

Selang beberapa minggu ayam serama betina dewasa mulai bertelur tetapi gagal menetas...

Sewaktu mengadakan lawatan kerja ke Singapura ayah membeli 'incubator' jenama Brinsea di sana.. Alhamdulillah .... banyak telur serama, ayam kampung, itik muscovy, ayam Belanda dan burung puyuh telah berjaya ditetaskan....

No comments: