Monday, January 4, 2016

Petikan Dari blog Alwigoat farm......terima kasih Alwi

LANDING TIME!

Terima kasih kepada semua komen komen baik yang positif mahu pun negatif dalam facebook dan blog. Dan bagi komen negatif, sesungguhnya itu menguatkan hujah kenapa kita perlu bercerai susu, kenapa kita kena belajar melepaskan diri dari kebergantungan kepada kerajaan kafir dalam bab makanan. 

Selagi kita bergantung kepada kerajaan kafir dalam makanan dan korban kepada Yang Maha Esa, selagi itulah kita terus diperdaya, kita terus dilanda musibah, dan maruah kita sebagai umat Islam berterusan diperkotak katikkan.

Dan aku sedar, yang kita bukan sahaja berjuang melawan kuasa kafir, tetapi kita juga dalam masa yang sama berjuang melawan orang Islam yang bermati matian mempertahankan kebergantungan kepada golongan kafir, dan yang tiada segan silu berbangga dengan kebergantungan tersebut.

Dalam usaha kita menanam kepercayaan kepada diri sendiri dan membebaskan diri dari kebergantungan, kita akan dilabel lawan kita dengan bermacam macam perkataan yang 'menarik', peribadi kita akan diserang, dan kenyataan kita akan dipusing pusingkan.

.... excellent! The fight for freedom just become more colorful!

Ok. Habis cerita tu. Semalam aku sempat landing di dua ladang rakan pembiak. Di Tanjung Tualang. Dr Tajul di Batu 8 Jalan Batu Gajah - Tg Tualang, dan Jamil di Air Papan. (Nanti ada masa aku nak singgah ladang Hasbullah, Puan Zuriani dan Tuan Arshad pula - dekat dekat area ni jugak lah). 

Yang pertama, ladang Dr Tajul. Aku main crash landing je. Takdak buat appointment pun. Jadi bila crash landing ni, takdak lah cerita panjang panjang. Dr Tajul pun takde, anak dia si Tajul Asyraf yang jaga kambing ni pun takde - konvo kat UPM. Degree Pertanian major dalam Penternakan. Congratulation!. Yang ada semalam ialah Tajul Azhar, adik Dr Tajul. Dia pun tengah sibuk nak bagi kambing makan, jadi aku pun faham. Laju je amik gambar. 

30' x 100'. Kambing buat masa ni ada dalam 100 ekoq. Kambing kacuk. Pagi bagi dedak.  Petang daun sawit. 

Dulu ladangnya dekat Bangi. Sg Ramal Dalam. Bawah tali api TNB. Tak selesa pasal banyak perumahan. La ni pindah kat kampung tanah tumpah darah.  Senang cerita. 

Napier ungu. Apa nama betul spesis rumput ni aku pun tak ingat dah.

Bingit angsa angsa itik itik dara ni

Kekuda besi. Huiiiii dasat dasat.. Tiang konkrit terus sampai atas.

The walkthru

Ini Tajul Azhar, pak sedara Tajul Asyraf. Chargeman. Wiring kat kandang ni dia lah yang pasang. Kemas mantap wiringnya. Si Asyraf pi konvo, dia lah in charge sementara. Ladang ni ada letrik, ladang aku takdak huhuhu..

Lights are everywhere.... ok aku nak share sikit pandangan aku. Sebaik baiknya kandang dibiarkan bergelap waktu malam. Kalau nak pasang lampu, pasang sekejap. Isya' tutup. Atau masa kecemasan je pasang. Ini kerana kandang yang berterusan cerah dilimpahi lampu waktu malam akan menurunkan kesuburan pembiakan (dengan cara mengkacau bilaukan pengeluaran melatonin yang jadi master hormone body clock seterusnya hormon pembiakan). 

Kambing pun susah nak gemuk bila internal body clock terganggu. 

Dan aku pasti Tajul Asyraf hanya pasang lampu sekejap. He certainly know about this. For he has finished reading my entire blog posts. Thanks bro!

Male kids.



Ni mesti nakal gila yang sekoq nih

I'm a cross babehh!

Geng budak nakal. Makan kat tengah tengah jalan. 

Mak hitam anak putih? Biasa biasa kuikui..

Haaa perasan tak? Tengok lantai papan tu. Tak kotor dengan tahi pun. Biasanya kambing makan pelepah sawit ni taik dia tak cair tak lembik. Tapi.... daun sawit kurang tenaga. Separuh je kuantiti tenaga berbanding dedaun lazim kambing. Kena top up dengan dedak pada kadar yang lebih tinggi berbanding kambing yang free choice makan dedaun. 

Konkrit brader.. konkrit.. Lawa betul atap reban  ni. Jeles pulak aku nengoknya haha

Ahhh kabin kontena. Farm life. Nice!

Huiii tilapia tilapia! Lain kali aku datang buleh makan tilapia bakar nih hahaha..


Macam best je duduk kabin nih..

Ok. Ladang ni ada perancangan untuk lepaskan kambing meragut sendiri pada masa akan datang. Ada kebun sawit di belakang yang tak berapa dijaga. Semak samun penuh belukar. Dan ini adalah perkara yang baik untuk kambing yang sememangnya suka semak samun. 

Ya aku akan datang lagi setelah bermulanya projek gembala kambing. Menarik untuk dilihat perkembangannya. Sapa sapa nak beli kambing atau melawat boleh contact Tajul Asyraf 0194486760. Tak yah lah contact abah dia Dr Tajul tu. Sibuk. Malaysia banyak tanah runtuh sana sini. Kena pulak musim basah jap lagi. 

Diucapkan selamat maju jaya kepada Dr Tajul dan ahli keluarga yang sibuk giat membangunkan ladang kambing ini. Semoga usaha tuan puan semua diberkati Tuhan Yang Maha Perkasa!

No comments: